SUATU MASA
Suatu masa, ada satu benda yg buat kau nangis hampir tiap hari. Sampai satu hari, kau rasa sakitnya dada. Rasa terhimpitnya jiwa. Rasa terluka. Dan yg kau mampu buat hanyalah menghamburkan esakan demi esakan yg membuat kau lemah tak bermaya. Sejak itu, kau mula hilang percaya. Hari demi hari berlalu, masih terasa. Kau mula mencari, kekuatan sendiri. Cari jalan untuk hati tak mudah basah. Jalan kurangkan melimpah. Akhirnya, kau berjaya. Hati tak mudah cair tak mudah rapuh. Sehingga senyuman hanya tinggal sesaat. Hilai tawa sementara cuma. Gurau senda, senyum sahaja. Ya, kau berjaya. Kau sangat bangga. Kau lalui saat saat terindah kejayaan kau dengan baik. Dengan penuh rasa puas. Sehingga kau terlupa, semua benda di dunia sebentar cuma. Sesak itu datang kembali. Kembali berputar di layar minda. Saat rasa itu dapat dihidu seorang insan. Dia membuat kau pusing kembali. Mulut petah menari. Kau merasakannya sekali lagi. Sakit, sesak, remuk, berdarah, datang menghentam jiwa kembali. Saat itu kau tak dapat tahan lagi. Menanggung luka di hati. 3tahun berlalu. Masih terasa hingga kini. "Mengapa kau datang kembali? Aku takmahu ingat lagi!" Kau berasa benci. Permata laju mencuci. Menitis sambil menumbuk cili.
Dia. Ya, dia yg membongkar. Memegang pipi. Memberi motivasi. Memberi inspirasi. Mengubat sanubari. Sekelip mata, hilang rasa benci. Timbul rasa harmoni. Menutupi senda. Hati yg resah, dicuci dengan zikrullah. ((Tenangnya engkau tika bersama dia. Dia yg kau boleh percaya. Yg kau takkan rasa tak percaya. Yg kau takkan resah bila mencintainya, menyayanginya. Dialah yg memahami walau kau tak bercerita. Dia, yg berkorban nyawa. Yg bahagia bila lahirnya engkau. Yg sentiasa berdoa dan berharap. Agar engkau menjadi soleh.)) Kau jumpa kekuatan. Kau kutip semula. Kini kau lebih bersemangat. Walau bicara manusia masih kedengaran. Yg penting kau tahu kau perlu kuat untuknya, demi Nya. Dan menempuh layar kehidupan dgn hati yg tenang.
"Sesungguhnya, bersama kesulitan terselit kemudahan [94:6]".
"Bahagia. Bukan pada harta, bukan pada jawatan, bukan pada kawan-kawan, bukan pada manusia. Tetapi bahagia itu ada pada kasih sayang dalam hati kita. Kasih dan syg pada Allah swt"