Posts

Showing posts from July 19, 2015

SUATU MASA

Suatu masa, ada satu benda yg buat kau nangis hampir tiap hari. Sampai satu hari, kau rasa sakitnya dada. Rasa terhimpitnya jiwa. Rasa terluka. Dan yg kau mampu buat hanyalah menghamburkan esakan demi esakan yg membuat kau lemah tak bermaya. Sejak itu, kau mula hilang percaya. Hari demi hari berlalu, masih terasa. Kau mula mencari, kekuatan sendiri. Cari jalan untuk hati tak mudah basah. Jalan kurangkan melimpah. Akhirnya, kau berjaya. Hati tak mudah cair tak mudah rapuh. Sehingga senyuman hanya tinggal sesaat. Hilai tawa sementara cuma. Gurau senda, senyum sahaja. Ya, kau berjaya. Kau sangat bangga. Kau lalui saat saat terindah kejayaan kau dengan baik. Dengan penuh rasa puas. Sehingga kau terlupa, semua benda di dunia sebentar cuma. Sesak itu datang kembali. Kembali berputar di layar minda. Saat rasa itu dapat dihidu seorang insan. Dia membuat kau pusing kembali. Mulut petah menari. Kau merasakannya sekali lagi. Sakit, sesak, remuk, berdarah, datang menghentam jiwa kembali. Saat i...