SENYUM
Senyum.
Mungkin kerana terlalu banyak berfikir, ia hilang
Mungkin kerana terlalu banyak pendam, ia pupus
Mungkin kerana terlalu banyak dendam, ia mati.
Senyumlah dikau wahai insani
Senyumlah dikau saat rasa menghimpit diri
Senyumlah dikau saat dunia membebani diri
Senyumlah dikau saat masa lalu menghantui
Jangan kau menyerah pada yg gelap
Jangan kau menyerah pada yg kelam
Jangan kau menyerah pada yg kejam.
Senyum.
Ukiran yg paling indah pada raut wajah
Yg mampu membuat hati yg resah, kembali tenang
Yg membuat rasa amarah, kembali damai
Yg pasti akan menghilangkan negatif, muncul positif.
Senyum.
Walau hati sakit,
Walau jiwa perit,
Walau qalbu menjerit.
Kerana,
Pada seukir senyuman yg sangat mudah
Terselit banyak keindahan hikmah
Kau akan jumpa tenang dengannya
Percaya dan yakin dengan anugerahNya.
Comments